Huraikan perkembangan masyarakat Maritim yang diamalkan di Jepun
Pendahuluan
ü
Masyarakat maritim adalah sejurus zaman Renaisans dan
revolusi agama di Eropah, berlaku Revolusi Perdagangan di Eropah. revolusi
Perdagangan ini diketuai oleh negara-negara bangsa Eropah yang mengamalkan
dasar Ekonomi mekantilisme menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.
ü Negara Jepun,
Revolusi Perdagangan hanya tertumpu pada negara-negara Asia Timur dan Asia
Tenggara. Hal ini berikutan dasar pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintan
Jepun.
ü
Jepun hanya menjuruskan aktivity perdagangan dengan
negara China dan negaara-negara Asia Tengara bagi mengawal rakyatnya serta
Diamyo-diamyo di bawah kekuasaan Shogan. Namun begitu, Jepun membuka pintu
negaranya kepada negara Barat tetapi mengadakan perdagangan yang terhad dan
pelbagai peraturan dikenakan.
Isi-isi Penting:
Era Pemerintahan Ashikaga
ü
Ketika era Ashikaga, masyarakat Jepun telah melalui
perubahan ekonomi. Perdagangan dan pusat pembuatan kertas
,baranganlogam,tenunan dan sebagainya berkembang maju di selurauh negara.
Perusahan tempatan turut b berkembang di Jepun. wujud pengeluaran berasaskan
daerah di Jepun dan pemasaran antara daerah. Contohnya, pengeluaran kain kapas
di KInai dab pengeliuaran ulat sutera serta alat tenunan di Fukushima
,Yamanashi dan Gumma. Satsuma menjadi pusat pengeluaran gula yang kemudiannya
dipasarkan ke selurh Jepun
ü Pada tahun 1570,
satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun
Ashikaga yang membenarkan POrugal berdagang di pelabuhan Nagasaki . pembukaan
perdaganggan di Nagasaki telah menyebabkan peningkatan perdagangan dengan dunia
luar dan menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.
ü Penduduk Jepun
telah mengimport barabngan tropika dari Asia Tenggara, barangan pengeluaran
dari China seperti sutera , tembikar, buku, lukisan , dan wang tembaga. Bandar Seto
di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun.
ü Menjelang abad
ke-15 dan ke-16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan
negara-negara lain. Antaranya barangan termasuklah pedang, kipas berlipat dan
pemidang. Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan yang tinggi di China
.
ü
Pedang buatan Jepun yang melengkung diperbuat daripada
besi keluli yang bersadur dikatakan lebih baik buatannya daripada pedang
Damaskus atau Toledo telah mendapat permintaan yang tinggi dan dieksport dalam
jumlah yang besar
Era Pemerintahan Leyasu
·
Mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara
luar. Ieyasu berharap dapat memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat
dalam pardagangan dan mahu melayan semua negara dengan saksama dan adil
·
Rentetan daripada perkembangan ekonomi perdangangan di
Jepun , penggunaan mata wang tembaga telah digunakan secara meluas dan amat
bernilai. Penggunaan mata wang im=ni telah menggantikan penggunaan beras dan
kain sebagai cara berjual beli barangan di Jepun
·
Perkembangan perdagangan Jepun dengan negara luar seperti
P0tugis ,Sepany0l,British,dan Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 telah
menggalakkan penggunaan mata wang perak.Keadaan ini menggalakkan industri
perlombongan berkembang pesat dan pengeluaran emas, perak dan tembaga
·
Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan
negara Barat,hubungan yang terjalin adalah terbatas. Buktinya, pedagang Belanda
hanya dibenarkan berdagang di Pulau Dashima sahaja. Malahan, mereka tidak
dibenarkan mengadakan sebarang hubungan dengan rakyat Jepun kecuali
pegawai-pegawai Jepun yang bertugas di PUlau Dashima
Era Pemerintahan
Tokugawa
Ø
Pertambahan hasil pengeluaran industri pada zaman
Tokugawa telah membawa perkembangan pengeluaran dalam industri kesenian. Masyarakat
Jepun terkenal dalam penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan
porselin yang cantik. Teknik pembuatan kesenian tembikar diajar oleh pembuatan
tembikar Korea yang dibawa masuk oleh tentera Hideyoshi dan perkembangan
menjadai industri penting di Jepun
Ø Seterusnya,
Industri teksil berkembang pesat dengan menghasilkan broked sutera yang
cantik.Jepun juga menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang
mempunyai nilai hiasan yang sangat indah.Keunikan barangan keluaran Jepun ini
ialah dapat menyeimbangkan teknikal dan nilai-nilai estetika yang hampir tidak
dapat ditandingi oleh dunia moden
Ø
Perdagangan dengan negara luar telah diharamkan dan semua
perdagang diusir keluar dari Jepun kerana pemerintahan Tokugawa mengambil
keputusan mengamalkan dasar pemencilan dari dunia Jepun.Perlaksanaan arahan di
keluarkan . Arahan pada tahun 1633, melarang kapal-kapal Jepun meninggal negara
kecuali mempunyai lessen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, rakyat Jepun
dilarang meningal kan negara kecuali mendapat kebenaran daaripada Keshogunan
Tokugawa dan rakyat Jepun yang tinggal di luar akan di hokum bunuh jika mereka
pulang ke Jepun.
Ø
Arahan tahun 1635, mengaharamkan semua kapal Jepun
belayar ke seberang laut dan rakyat Jepun dilarang keluar negara.Araahan tahun
1639, menharamkan perdagangan asing dan menutup negara Jepun dengan negara
luar.
Penutup
Ø
Perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun
Tokugawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu
kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana
timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.
No comments:
Post a Comment