Saturday 19 August 2017

Perbandingan Masyarakat Feudal

Perbandingan Masyarakat Feudal

Soalan 5: Huraikan ciri-ciri sistem feudal yang diamalkan England dan Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17.

Pendahuluan
Ø  Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Ø  Persamaannya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan. Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang Jerman di Eropah Utara. Di Jepun, berakar umbi sejak zaman Kamakura.

Isi-Isi Penting :
1.       Peralatan Perang
ü  Di England, antara peralatan perang yang digunakan oleh knight ialah pedang dan baju perisai. Baju perisai yang digunakan oleh knight diperbuat daripada besi. Knight menggunakan kuda dalam medan peperangan.
ü  Manakala di Jepun, peralatan yang digunakan oleh samurai sama seperti knight di England. Baju perisai yang digunakan oleh samurai diperbuat daripada logam atau sutera.



2.       Penyatuan Negara
ü  Di England, penyatuan negara pada zaman feudal dilakukan oleh raja-raja negara bangsa. Raja-raja dari dinasti Tudor yang memerintah England memainkan peranan dalam pengukuhan negara bangsa di England.
ü  Manakala di Jepun pada akhir abad ke-16, pemerintahan beraja di Jepun menjadi lemahPanglima tentera memainkan peranan dalam memulihkan keamanan dan menyatukan Jepun.
3.       Perkongsian Kuasa
ü  Dalam sistem feudal di England , wujud perkongsian kuasa dalam pemerintahan. Raja berkongsi kuasa dengan badan perwakilan.
ü  Dalam sistem feudal di Jepun, tidak wujud perkongsian kuasa dengan badan perwakilan. Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.
4.       Kewajipan Peribadi
ü  Di England, sistem feudalisme berteraskan undang-undang Rom. Sistem feudalisme menekankan hakundang-undang, dan kewajipan peribadi antara lord dan vassal.
ü  Manakala di Jepun, sistem feudalisme berteraskan etika China. Kewajipan peribadi feudal di Jepun menekankan aspek moral berbanding undang-undang.




5.       Pemilikan Tanah
ü  Di England, golongan knight menerima anugerah tanah bagi perkhidmatan mereka. Mereka mengawal petani yang bekerja di tanah mereka.
ü  Manakala di Jepun, golongan samurai tidak memiliki tanah. Mereka menerima gaji dalam bentuk beras daripada daimyo (tuan tanah).


Penutup  :

o   Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di England dan Jepun.

No comments:

Post a Comment